(VIDEO) Wanita dukung singa mengaum yang terlepas dijalanan.

Global: Baru-baru ini, sempat tular di media sosial, video seorang wanita dengan selamba mendukung seekor singa, dilaporkan berlaku di Kuwait.

Memetik laporan UPI, pihak berkuasa setempat mengesahkan bahawa ‘kucing besar’ itu terlepas di jalanan dekat wilayah Sabahiya di bahagian selatan Bandar Raya Kuwait, Ahad lalu.

Dalam Video tersebut, dapat dilihat seorang wanita muda mendukung seekor singa di pangkuannya menyusuri lorong. Walaupun wanita tersebut kelihatan tenang, namun singa berkenaan sempat meronta-ronta dan mengaum ketika dipeluk wanita itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, singa tersebut adalah milik wanita berkenaan bersama bapanya. Oleh kerana singa itu terlepas, pihak berkuasa membantu menangkap singa berkenaan dan mengembalikannya di bawah jagaan wanita tersebut.

Memiliki singa sebagai haiwan peliharaan bukanlah sesuatu yang baru di Kuwait. Hal ini kerana, undang-undang di Kuwait membenarkan haiwan eksotik dijadikan haiwan peliharaan, termasuk singa.