(VIDEO) “Tolong, Tolonglah…”, Detik Cemas Jiran-Jiran Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir Bersama Bayi

Kejadian banjir yang melanda beberapa tempat di negara kita sangat menyayat hati. Boleh dikatakan lokaliti yang terjejas hampir lumpuh sepenuhnya dek kerana selut dan lumpur yang mendominasi segenap ruang.

Umumnya ketika banjir, keadaan menjadi kacau-bilau. Ada yang nak selamatkan keluarga, ada yang nak selamatkan harta benda, ada yang nak selamatkan haiwan peliharaan. Keadaan genting sebegitu memang cukup beremosi.

Namun percaya atau tidak, seorang wanita hamil dipercayai sempat melahirkan zuriatnya sendiri di kala kediaman ditenggelami banjir yang semakin meninggi parasnya.

Berdasarkan rakaman video tular yang dikongsikan di akaun TikTok Tutynoormalina ini, dia memuat naik keadaan banjir di kawasan rumahnya yang agak teruk di mana air sudah mencecah paras dada orang dewasa.

Suasana menjadi cemas apabila terdengar suara bayi yang sedang menangis kuat bersama jeritan seorang wanita yang sedang meminta tolong iaitu jiran kepada pemilik video.

Menurut penjelasan di bahagian komentar video, wanita tersebut baru sahaja melahirkan seorang bayi dan jiran-jiran berusaha menyelamatkan mangsa dengan meredah air di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah ibu dan baby selamat, makcik saya dan sepupu-sepupu saya juga selamat! Alhamdulillah.

“Kami cuba bantu sesama sendiri kerana air banjir dah terlalu tinggi dan ini adalah operasi menyelamat baby dan ibu yang baru melahirkan,” katanya.

@tutynoormalinaTik tok dah reived video yg tadi! Sorry guys! Tq atas doa kalian! #fyp #foryourpage

♬ original sound – tutynoormalina