(VIDEO) Sejumlah mayat ditemui hanyut di pantai.

Global: MAYAT migran ke Eropah, termasuk seorang bayi dan dua wanita, hanyut ke darat di barat Libya.

Pihak Bulan Sabit Merah negara itu berkata, mayat-mayat tersebut ditemui pada lewat Sabtu di dua lokasi berasingan di bandar Pantai Khoms.

Katanya, tiga migran berjaya diselamatkan dan operasi pencarian untuk mangsa lain sedang dijalankan.

Bulan Sabit Merah, pertubuhan Islam yang setara dengan Palang Merah, menyiarkan gambar yang didakwa menunjukkan mayat terapung di Lautan Mediterranean.

Turut ditunjukkan, petugas Bulan Sabit Merah memasukkan mangsa-mangsa tersebut ke dalam beg mayat berwarna hitam.

Mereka dipercayai lemas dalam kejadian kapal karam di Libya baru-baru ini.