(VIDEO) Saintis temui benua kelapan, Saiznya dianggarkan enam kali ganda Madagascar.

Global: SEKUMPULAN pakar geologi mencuri perhatian tajuk berita dunia apabila mereka mengumumkan penemuan Zealandia pada tahun 2017.

Benua itu dianggarkan seluas 4.9 juta kilometer per segi yang secara perbandingannya bersaiz enam kali ganda Madagascar, lapor BBC.

Meskipun ensiklopedia, peta dan enjin carian dunia masih teguh menyatakan bahawa hanya ada tujuh benua selama ini, pasukan itu amat yakin untuk memberitahu seluruh dunia bahawa tanggapan itu salah.

Penemuan terbaharu itu memecahkan rekod sebagai benua kelapan dan yang terkecil dan termuda di dunia.

Zealandia tersembunyi di bawah New Zealand dan diliputi Lautan Pasifik di sekelilingnya. Penenggelaman ‘benua’ itu berlaku sekitar 23 juta tahun lalu.

Hari ini, New Zealand adalah bahagian terbesar Zealandia yang berada di atas permukaan laut, diikuti New Caledonia.


Memandangkan 94 peratus Zealandia ditenggelami dan berada bawah permukaan air, penentuan usia benua itu dan usaha pemetaannya begitu sukar.

Penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa Zealandia adalah berusia 1 bilion tahun, kira-kira dua kali ganda daripada yang dianggarkan pakar geologi pada awalnya.

Tempoh 375 tahun berlalu sebelum saintis menemui benua kelapan itu, yang selama ini terselindung ‘di bawah’ sebuah negara pulau.

Begitupun, misteri kewujudannya masih belum terbongkar sepenuhnya.

Kredit video : APHD Channel.