(VIDEO) Pengantin Terkejut Lihat Lorong Sempit Dihias Mewah Macam Hotel Lima Bintang.

Global: Setiap pasangan pengantin pastinya memasang angan-angan untuk melangsungkan majlis mereka. Ada yang buat di dewan, di hotel dan ada juga pasangan yang buat di rumah. Tidak kisahlah di mana, asalkan kahwin dan bahagia.

Akan tetapi, lain pula halnya yang berlaku di negara jiran kita. Tidak perlu menyewa dewan atau hotel mewah, buat di lorong yang sempit pun sudah memadai. Hiasan sudah macam wedding di hotel 5 bintang lagi.

Sebuah video menjadi tular apabila perkahwinan dilangsungkan di lorong sempit sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 471.6k. Video tersebut dikongsikan melalui TikTok satrapajaya yang juga merupakan orang yang merekodkan video itu.

“Perkahwinan di lorong sempit tetapi rasanya seperti hotel lima bintang,” tulis di kapsyen.

Dalam video tersebut, terlihat lorong sempit telah diubah menjadi sebuah lorong menuju ke altar perkahwinan. Bahagian kanan dan kiri lorong itu dipenuhi lampu dengan hiasan serba putih yang cantik.

Bahagian dalam pula, terdapat hiasan besar seperti istana di halaman rumah yang agak luas.

Bukan sahaja hiasan serba putih, di meja tetamu juga terdapat sebatang pokok sakura palsu berwarna merag jambu dan pokok bewarna hijau.

Ada juga pentas hiburan yang agak besar seperti pentas konsert.

Video yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya sangat kagum melihat hasil hiasan yang dilakukan oleh satrapajaya. Satu lagi video memaparkan suasana majlis berlangsung telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 4 juta.