(VIDEO) Pemuda bawa parang kejar AJK masjid kerana tukar “Pasword” wifi.

Tiga orang pengurus masjid di Indonesia dilaporkan telah diserang oleh dua pemuda dipercayai kerana telah menukar kata laluan Wifi di masjid itu.

Menurut Suara.com, rakaman CCTV ketika kejadian telah tular di negara itu sejak beberapa hari yang lalu.

Tiga pengurus tersebut telah dikejar di dalam satu ruangan di Masjid Al Muslim, Medan Timur, Kota Medan pada Jumaat lalu.

Menerusi video itu, mereka yang memakai kain sarung dan memegang kopiah mula lari ketakutan apabila melihat dua orang pemuda tersebut masuk ke dalam masjid membawa parang.

Kejadian itu juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Medan Timur, Kompol Rona Tambunan. Beliau berkata bahawa kedua-dua pemuda itu berang kerana pengurus masjid telah menukar kata laluan Wifi, menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan Wifi masjid itu lagi.

Bagaimanapun, pihaknya belum dapat berkongsikan mengenai kronologi tepat ketika kejadian kerana kes tersebut masih disiasat dengan lebih lanjut.