[Video] Menolak syubhah | Reactor Video Reaction Masuk Neraka?

Agama: Baru-baru ini Ustaz Azhar Idrus (UAI) ada menjawab satu soalan berkaitan hukum mereka yang melakukan reaction terhadap ceramah para ustaz-ustaz di youtube dan cuba melaga-lagakan diantara mereka, maka youtubers ini dikatakan sebagai nammam iaitu pengadu domba,pengumpat atau pengosip yang tidak akan memasuki syurga berdasarkan hadis yang beliau bacakan.

Sebelum kita mengulas lanjut berkaitan hadis yang disebutkan oleh ustaz azhar idrus mari kita lihat apa maksud Annamimah iaitu pengadu domba, pengumpat atau pengosip dari segi bahasa dan istilah.

Annamimah dari segi bahasa Adalah :

النَّمُّ: رَفْع الحديثِ على وجه الإشاعةِ والإفْسادِ

Annammu :iaitu membawa berita di atas khabar  angin dan kerosakan.

 

Adapun annamimah dr segi istilah fekah:

نَـقْلُ الحديث من قومٍ إلى قوم على جهة الإفْسادِ والشَّرِّ

Menyampaikan berita dari sekumpulan ke sekumpulan orang di atas sisi kerosakan dan kejahatan.

 

Adapun orang yang melakukan Namimah di sebut sebagai Nammam iaitu: 

الذي ينقل كلام الناس على وجه الإفساد

Iaitu orang yang menyampaikan kata-kata seseorang dengan gambaran yang merosakkan.

Didalam potongan video tersebut UAI telah memetik sabda nabi SAW berkaitan Nammam iaitu pengadu domba, pengumpat atau pengosip. Hadis ini, diriwayatkan oleh Imam AlBukhari dan Imam Muslim didalam kitab sahih mereka.

Imam Al-Bukhari meletakkan hadis ini dibawah tajuk “Apa yang diharamkan daripada Namimah iaitu mengadu domba, mengumpat dan bergosip”

حَدَّثَنَا ‌أَبُو نُعَيْمٍ: حَدَّثَنَا ‌سُفْيَانُ، عَنْ ‌مَنْصُورٍ، عَنْ ‌إِبْرَاهِيمَ، عَنْ ‌هَمَّامٍ قَالَ: كُنَّا مَعَ حُذَيْفَةَ فَقِيلَ لَهُ: إِنَّ رَجُلًا يَرْفَعُ الْحَدِيثَ إِلَى عُثْمَانَ، فَقَالَ حُذَيْفَةُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ

maksudnya : Telah menceritakan kami Abu Nuaim: telah menceritakan kami Sufian , daripada Mansur, daripada Ibrahim, daripada Hammam dia telah berkata: Ketika kami bersama Huzaifah dikatakan kepadanya : Sesungguhnya seseorang telah membawa sebuah berita kepada Usman, Maka dia berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga qottat (pengadu domba, pengumpat, pengosip)”

Ulama Hadis Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani seorang pensyarah terbaik bagi kitab sahih Al-Bukhari menjelaskan maksud Namimah didalam kitabnya Fathul Bari, beliau berkata:

وَالْمُرَادُ مِنْهُ هُنَا مَا كَانَ بِقَصْدِ الْإِضْرَارِ فَأَمَّا مَا اقْتَضَى فِعْلَ مَصْلَحَةٍ أَوْ تَرْكَ مَفْسَدَةٍ فَهُوَ مَطْلُوبٌ

yang dimaksudkan (dengan namimah) adalah dengan maksud memberi kemudharatan . adapun apa yang dikehendaki perbuatan maslahah (kebaikan) atau meninggalkan kerosakan maka ianya dituntut

 [Fathul Bari , 1/319]

Imam Muslim pula meriwayatkan hadis ini di bawah tajuk “Penjelasan tentang kerasnya larangan mengadu domba, mengumpat atau bergosip”

وحدثني شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ الضُّبَعِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا مَهْدِيٌّ (وَهُوَ ابْنُ مَيْمُونٍ) حَدَّثَنَا وَاصِلٌ الأَحْدَبُ عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ حُذَيْفَةَ؛ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلًا يَنُمُّ الْحَدِيثَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ” لَا يَدْخُلُ الجنة نمام

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Syaiban bin farukh dan Abdullah bin Muhammad bin asma’ Addubaie, mereka berdua telah berkata: telah menceritakan kepada kami Mahdi ( iaitu Ibnu Maimun) Telah menceritakan kepada kami Wasil Al-Ahdab daripada Abi Wail daripada Huzaifah, Bahawasanya telah sampai kepadanya bahawa seseorang mengadu domba sebuah berita, Maka dia berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Tidak akan masuk Syurga Nammam (Pengadu domba, pengumpat atau Pengosip)

Imam Anawawi mensyarahkan hadis ini didalam kitabnya syarhu Nawawi beliau berkata:

وَكُلُّ هَذَا الْمَذْكُورِ فِي النَّمِيمَةِ إِذَا لَمْ يَكُنْ فِيهَا مَصْلَحَةٌ شَرْعِيَّةٌ فَإِنْ دَعَتْ حَاجَةٌ إِلَيْهَا فَلَا مَنْعَ مِنْهَا

Kesemua yang disebut mengenai (larangan) Namimah apabila tiada padanya maslahah (kebaikan) yang dibenarkan agama, Jika ada keperluan kepadanya maka tiada tegahan (melakukannya)

[Syarhu Annawawi ala muslim,  2/113]

Berbalik kepada persoalan bolehkah seorang video reactor mereact sesebuah video untuk membuat kebaikan seperti membetulkan apa yang tersilap didalam video berkenaan yang telah tersebar kepada masyarakat umum. Sudah pastilah ianya sesuatu yang tidak termasuk didalam Namimah yang dilarang oleh agama bahkan ianya dituntut kata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani dan tiada larangan atau tegahan jika ada keperluan kata Imam Annawawi. Kita telah mengambil pandangan dari dua tokoh Ulama besar ini didalam menerangkan maksud hadis mengenai Annamam ini, Bukannya mengambil hadis dan terus mensyarahkannya sendiri kemudian menyembunyikan penerangan lanjut ulama-ulama berkaitan hadis berkenaan.

Saya merasakan penonton semua cukup matang dalam menilai siapakah golongan yang mengambil dan mengikut pandangan ulama dan golongan yang mengambil terus Al-Quran dan Hadis dan mensyarahkannya mengikut hawa nafsu mereka. Ketika orang lain mereact video mereka maka video reactor berkenaan menempah jalan ke neraka tetapi ketika mereka mereact video reaction orang lain maka itu dianggap satu amal soleh didalam menasihati sesama muslim. Adilkah sudut pandang begini?