(Video) Letusan Gunung Semeru: 13 penduduk terkorban, ribuan hilang tempat tinggal.

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 13 individu terkorban sementara ribuan lagi penduduk kehilangan tempat tinggal selepas Gunung Berapi Semeru di barat Jawa, Indonesia, meletus pada Sabtu.
Agensi berita CNN kenyataan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia pada Ahad sebagai berkata, letusan itu menyebabkan 98 lagi cedera termasuk dua wanita yang sedang mengandung, selepas abu menyeliputi kampung mereka.
Timbalan Ketua Daerah Lumajang, Indah Amperawati dipetik sebagai berkata, sekurang-kurangnya 300 keluarga terpaksa dipindahkan.
Dalam pada itu, BNPB berkata, operasi mencari dan menyelamat masih berjalan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jumlah mereka yang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak berkuasa telah menjadikan sekolah, masjid, balai raya, serta rumah kampung menjadi pusat pemindahan sementara.
Untuk rekod, Jawa merupakan populasi terbesar di Indonesia dan menempatkan ibu negaranya iaitu Jakarta.
Dengan ketinggian melebihi 12,000 kaki, Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa.
Dalam pada itu, Indah berkata, kebanyakan mangsa yang melecur akibat haba gunung berapi itu, telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Utama Penanggal bersama-sama dengan seorang mangsa yang meninggal dunia.
Perkhidmatan kecemasan gagal untuk pergi ke berapa kampung lagi kerana jalan telah dihalangi lumpur dan pokok yang tumbang, kata Indah lagi.
Sementara itu, ketua BNPB, Mejar Jeneral Suharyanto berkata, pihak tentera telah diarahkan untuk membantu penduduk dan menyediakan kelengkapan untuk menyokong usaha mencari dan menyelamat.