(VIDEO) Kebakaran hutan, Salji tebal burukkan keadaan di Colorado.

COLORADO: Salji setebal 6 inci dan suhu sejuk semalaman menambah kesengsaraan ratusan penduduk Colorado yang memulakan tahun baharu dengan cuba menyelamatkan sisa rumah mereka yang terbakar.

Ia sekali gus menimbulkan pemandangan ngeri di tengah-tengah tinggalan rumah yang hangus dalam kebakaran hutan sejak Khamis yang melanda kawasan pinggir bandar di antara Denver dan Boulder.

Di kawasan yang musnah akibat kebakaran, asap masih boleh kelihatan di jalan-jalan yang disekat oleh tentera pengawal kebangsaan di Humvees.

Lebih 500 rumah dikhuatiri musnah dan kini pemilik rumah berdepan tugas sukar untuk membina semula kediaman mereka.
Kebakaran hutan berlaku luar biasa pada lewat tahun 2021 berikutan musim gugur yang sangat kering dan musim sejuk dengan angin kuat.

Kira-kira 90 peratus daripada Boulder County sebelum itu mengalami kemarau teruk dan hujan yang sedikit sejak pertengahan musim panas.