(VIDEO) Boleh Bayar Beli Air Mesin ‘Gedegang’, Ramai Tak Tahu Fungsi Lain Kad ATM.

Nasional: Setiap daripada kita masing-masing mesti dah memiliki kad ATM kan? Paling kurang pun pasti ada satu kad ATM dalam wallet. Boleh dikatakan kad ATM ni benda ketiga terpenting selepas kad pengenalan (IC) dan lesen memandu.

Rasanya semua orang dah tahu kan yang fungsi utama kad ATM ni adalah untuk ‘cucuk’ duit kat mana-mana mesin ATM.

Tapi korang tahu tak, sebenarnya kad ATM ni juga dikenali sebagai kad ATM MyDebit dan ia berfungsi sebagai medium pembayaran secara tanpa tunai atau cashless di lebih 200,000 saudagar di seluruh negara!

Menariknya, kita boleh bayar segala-galanya hanya dengan sekeping kad ATM MyDebit di mana jua. Baik untuk pembelian barangan, bayaran perkhidmatan mahupun bayaran komitmen dan sebagainya.

Boleh guna kat mana je kad ATM MyDebit ni?

Pembayaran secara cashless menggunakan kad ATM MyDebit ni boleh digunakan kat mana-mana je. Misalnya korang beli barang dapur kat pasar raya atau beli pakaian kat pusat beli-belah, tak payah keluarkan duit tunai.

Selain tu, korang jugak boleh gunakan kad ATM MyDebit ni untuk semua jenis bayaran perkhidmatan. Contohnya bayar caj perkhidmatan atau bil rawatan di hospital ke, bayar kos baiki kereta kat bengkel ke, bayar komitmen yuran pengajian ke, semua boleh!

Jangan kata boleh bayar untuk apa-apa pembelian dan perkhidmatan je, hatta kalau korang nak beli air tin kat vending machine pun boleh bayar guna kad ATM MyDebit ni tau. Mudah sangat!

Oh ye, satu lagi fungsi lain yang cukup penting adalah boleh digunakan sewaktu kecemasan tak cukup duit tunai kat tangan. Katakanlah nak keluar parking, korang dah sampai pintu keluar, tiba-tiba masa nak  bayar baru perasan parking belum bayar dan duit dalam wallet pulak tak cukup atau dalam nilai besar.

Nak berlari cari mesin ATM macam tak sempat. Kereta kat belakang pulak dah beratur panjang. Mestilah gelabah kan? Rileks, jangan risau. Keluarkan je kad ATM MyDebit korang tu dan scan je kat peranti di tiang keluar. Selesai!

Selain tu, kelebihan yang ada pada kad ATM MyDebit ni antaranya adalah selesa digunakan, jimat masa, selamat dibawa dan disimpan, lebih tinggi nilai sekuriti berbanding wang tunai, lebih bersih tanpa sentuhan fizikal dan bermacam-macam lagi!

Kalau korang nak tahu fungsi kad ATM MyDebit dengan lebih jelas, haa jemputlah tengok video kat bawah ni.

Makan Malam ‘Makan Dalam’